"Trust no one, except yourself, express yourself"

.

TERAKHIR

Bismillahirrahmannirahim.

Ya Allah,
Jika aku jatuh cinta,
Cintakan lah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada Mu,
Agar bertambah kekuatanku untuk menyintaiMu.

Ya Muhaimin,
Jika aku jatuh hati,
Izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu.

Ya rabbana,
Jika aku jatuh hati,
Jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hatiMu.

Ya rabbul izzati,
Jika aku rindu,
Rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalanMu.

Ya Allah,
Jika aku menikmati cinta kekasihMu,
Janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhirkMu.

Ya Allah,
Jika aku jatuh hati pada kekasihMu,
Jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepadaMu.

Ya Allah,
Jika kau halalkan aku merindui kekasihMu,
Jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMu.

Amin.

Doaku, moga kita sama sama berjaya di dunia dan akhirat. Bejaya dalam mengharungi segala dugaan dan cabaran yang sememangnya menguji kekuatan iman. Kerana tapak iman itulah yang menemukan cinta yang selama ini telang hilang. Semoga cinta yang di cari telah ditemui. Semoga Allah meletakkan kita di bawah payung rahmat kasihNya. InsyaAllah.

*Maaf, ...

No comments:

Post a Comment