"Trust no one, except yourself, express yourself"

.

isi hati ..

aku perlu kebahagian,
aku perlu kasih sayang,
tapi kerana cinta.. aku tetap teruskan.
aku menangis dalam diam,
aku berkata tak terucap,
tapi kerana cinta.. aku tetap teruskan.

mungkin percintaan mengajar aku erti kesabaran.
perlu banyak pengorbanan,
memang banyak dugaan,
tapi sukar untuk aku teruskan.
aku tak mampu..
tak mampu untuk menahan rasa cemburu terhadap orang yang aku cinta,
orang yang aku sayang.
tapi semuanya telah terbukti di hadapan aku sendiri.
perasaan cemburu telah membuatkan aku lebih tabah menghadapi semuanya.
cuma air mata yg menitis di pipi saja mampu menjadi bukti kukuh tanda
kesetian ku terhadapnya.
mungkin juga air mata yang menitis menjadi tanda cinta agung aku terhadapnya.

cinta..
kalau tak di jaga, di belai, d kasih, pasti jadi buta.
tapi jika di jaga, di belai & di kasih, bunga yang layu pasti akan mekar.

aku ingin kau bahagia,
bahagia selalu di samping ku..
tapi semuanya bagai mimpi di siang hari,
dalam diam, kau melukai hati kecil ku ini.
aku dah tak bermakna bagi mu.
mungkin suatu hari nanti aku akan lepaskan kau pergi,
demi cinta suci ini.


aku menulis bukan kerana nama,
tapi.. semua nya tertulis kerana rasa.

1 comment:

Lily Bushell said...

Hey there, it is great content. Very interesting , good job and thanks for sharing such a good blog. Because there is less flickering, a greater refresh rate is more comfortable for the eyes. Here is a video that contrasts various frame rates. As you can see, higher frame rates appear smoother and more lifelike than lower ones. Therefore, lower eye fatigue is caused by greater refresh rates, which can manage larger frame rates. Read this article to learn about Maximum FPS.

Post a Comment