"Trust no one, except yourself, express yourself"

.

Saturday ..

Hallo hallo semua readers.
Bertemu lagik kita pada hari yg sama yg tepat yg padat utk menaip naip blog yg kucar kacir ni.
Why, sebab hari ini hari sabtu. Aku skrg tgh dilanda kebosanan, kebingungan, kekacauan, kebencian, kekejian, kelaparan, kekosongan & segala ke ke ke yg aku sendiri tak dapat nak ungkapkan. Ahahaha.

Urgggggggggggggggggh mamamama!
Seriously aku cakap, aku teramat amat dan teramat bosan skrg! Tak tau nak buat apaaaaa.
Any fresh ideas for me? What should i do now?
Otak aku tgh kosong. Aku skrg dibelenggu banyak masalah. Org kata, sapa2 yg xda masalah tu, alamatnya org tu tak normal. Betol tak? Org byk masalah tu lah org yg paling bijak sbenanya.
Kerana mampu utk menyelesaikan nya. Setiap masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya.

Jadi, apa yg aku dpt simpulkan kat sini, memang realiti hidupnya aku skrg dilanda byk masalah. Dan ditambahkan lagi, aku tak pandai nak handle segala masalah yg aku hadapi semua tu.
Naik panas angin taufan aku d buatnya.
Aku nak crita semua masalah aku pun tak guna kan?
Nanti apa plak org kata. Mcm2. Manusia.. sapa tau? Ckit2 aku crita jadi lah.. Mungkin lepas ni korang akan dapat tau aku ni org yg cam mna. Jahat atau baek? Jeng3..
Aku tak kesah pon org nak kata aku apa. Mungkin kata2 org tu akan memotivasikan aku utk trus mengubah sikap burok aku.

Ok.

1. Masalah peribadi..
Dah nama nya peribadi, "PRIVATE".. tak kan aku nak sebarkan kat blog ni.
Sorry.. Its really2 private for me.

2. Masalah fizikal..
Wow.. memang jadi satu tekanan yg amat besa lah bgi aku. Muka aku, oh tidak. Skali lgi, aku tak kesah pun org nak kata muka cam na rupa bentuk pun, seburok mana pon. Aku tak dpt buat apa2 sbb semua tu kehendak yg maha pencipta. Aku sbgai hamba, spatutny bersyukor dgn apa yg ada. Btol tak? ;D Tapi yg jadi masalah nya skrg, muka aku sgt2lah terok dsbbkan sisa2 jerawat yg dah nak baek pastu aku buat lagi masalah dgn mengopek kulit aku yg kering tu. Ya Allah, knp tgn aku gatal sgt nak p kopek? Mkin lama.. makin terok tau tak? Ramai kwn2, ckgu2 tego. Nak tunjok malu plak. Takpa lahh. Alhamdulillah skrg muka aku masih dlm proses membaik pulih. Cam tu plak?
Hahaha. Makin hari, kulit aku smakin pulih. Korang pike prempuan jer ke yg dok sibuk sal muka ni suma? Helloooooo.. aku sbagai seorg yg pembersih taknak lah bnda2 cam tu blaku. Korang laki lua sna nak? Hahaha. Then.. badan aku plak. Alahai. Nak ckp malu. Takpa lah. Aku cakap, tapi korang jgn gelak bila bca. Berat aku baru jer 51kg. HAHAHAHA! Aku plak yg gelak. Hahahaha! Caya atau tidak? Anda harus mempercayainya. Ringan gilaaa do! B4 aku minum appeton weight gain tu, berat aku lagi lah ringan. Since minum weight gain, alhamdulillah berat aku naik. Tu pun 2/3 kg jer kot. ;D & tggi aku. 171cm. D pndek kan cerita, aku tak suka. -.-"

3. Masalah mental..
Yahhh! Aku sehat dari segi mental. Kalau tak sehat, gila lah jwbnya. Hahahaha. Yg membuatkan ny jadi masalah skrg.. aku tak dapat nak bfikir sesuatu yg aku lakukan tu kdg2 menyakitkan hati org. Tapi bgi aku, apa yg aku lakukan tu apa yg aku katakan tu sebenanya perkara biasa & mungkin cuma satu lawak jenaka atau gurauan? So, pkara ni lah yg aku salu dok pk masa aku slalu termenong. Mungkin d sbbkan masalah ni, ramai org mula membenci aku. Mugkin? Dalam pembelajaran plak, nak kata aku bodoh tak jugak. Mungkin aku lembab kot? Tak jugak. Err.. pembelajaran aku slama ni blm mencapai target aku yg sbena. Aku pun tgh naik bengang skrg ni. Exam aku tak menentu. Kdg2 pasang, kdg2 surut. Dalam klas plak, dlm shari tak sah kalau tak tido. -.-" Ada cadangan?

4. Masalah persahabatan/percintaan..
Memang tak lari masalah ni dlm hidup aku. Dan mgkin dlm hidup korang semua kan? Maaf lah kwn2. Mungkin aku tak mampu nak berikan yg terbaek kat korang. Dulu sahabat yg sgt sgt akrab tapi skrg? Tgk muka pun dah taknak. Aku xtipu, memang realitinya masalah cam ni PERNAH berlaku dlm hidup aku. Org nya, xperlu lah aku nak sebut. Tu pndpt masing2 nak pileh kwn. Tapi kalau aku, aku tak memileh kecuali kwn aku tu penangih dadah, peminun arak terlalu kuat bersosial.. uhh.. semuanya yg negatif2 aku taknak kawan camtu. Kalau nak d ceritakn, mmg tak ckup page blogspot ni. Mcm2 kerenah kwn yg kita jmpa. Kdg2 ada gak kwn yg betol2 phm kita. Kwn yg betol setia berkawan dgn kita & ada jugak yg d sebaliknya. Dan skrg, kwn yg begitu rapat dgn aku pun dah pergi jaoh. Sadis aku. Layan perasaan gila aku dlm bab camni. Bab cinta plak, .... aku tak tau nak ckp cam mna. Its ok. Mungkin itu salah 1 privasi aku. :)

5. Masalah kewangan..
Hahahaha! Ni lah yg aku suka sgt. Sampai tergelak2 aku nak naip. ;D sebagai seorg yg masih blaja d menengah atas, layak ke aku di gelar remaja? Dan yg penting & yg di persoalkan skrg, layak ke aku pegang duit byk2? Pndpt org, memang tak rasanya. Sbb semuanya masih d tanggong oleh parents masing2 . Bgi aku, aku tak camtu. Syes aku ckp. Aku tak camtu. Walaupun parents aku still mampu nak tanggong kehidupan aku, makan minum aku, pakaian2 aku, sekolah aku.. tapi aku tak mengharapkan semua 100% dari mereka. Dgn duit blanja yg mak aku slalu bgi Rm5 tiap hari tu kalau ada baki, aku akan simpan. Aku bkn ny kuat mkn sgt. Paling byk pun, aku blanja tiap ari 2 ringgit slalunya. Tak lebeh dari tu. & baki yg ada, aku akan simpan. & hasil duit yg aku gumpol slama tu aku akan beli apa brg yg aku ptt beli. Tak lah menyusahkan parents gak yg nak kuarkan duit kan? Mna nak tanggung adik2 lagi.. Tapi masalah ny skrg, ekonomi aku GAWAT!. Hahaha. Hampir2 nak bankrap. Aku mmg byk perlukan duit utk beli brg. Walaupun aku ni jenis yg berjimat cermat, tapi dalam keadaan yg terdesak, takkan aku nak nak beli brg pakai daun kot? Kan? Kan? Hahaha.

So, cukuplah sekadar itu rasanya. Cukup lah sekadar aku kongsi sedikit sebanyak masalah aku kat korang. Tenang gak rasa nya. Tgn aku pun kepak nak naip lama2 ni. & tak guna gak kalau crita pnjg2 tapi xda org nak baca. Hahahaha.
Kalau ada pa2 pendapat or nak share problem korang, komen jer lah kat entry aku nih. Jgn malu2..

Sbelom tu, aku nak sound2 nak bongkak ckit kat korang. Hahaha. Esok aku nak pegi ambik kursus memandu tau. Waaaaa. Memang xbrasa sunggoh masa berlalu. Apa yg aku impikan, akan belaku kol 8 pagi esok. Aku ambek lesen utk motosikal lahh.. bukan motokar. Blm cukup umo. Hahaha. Doa2 lah aku lulus semuanya k? & doa2 kan supaya aku dapat kawen ngn bini aku cepat. Moto idaman aku, EGO S. Jgn pk lain ok? Hahaha.

*aku nak buat scoot aku juz simple like this. :)

Aminn..

Chaw dulu.
Akhir kalam.
Assalammualaikum..
;D

No comments:

Post a Comment